<body>
DISCLAIMER;
Bebelan
The Boss
Way Out
Values
+ follow Dashboard



birthday :)
Saturday, September 14, 20135:09 PM

harini 14 haribulan and yeah, aku dah pun berumur 17 tahun 5 hari. muahaha dah tua dah rupanya aku ni *garu hidung* hmm well lima hari lepas i was delivered by my beloved mom. this year aku kena buli tak teruk sangat la macam tahun tahun before ni. tu pun sebab aku buat hal time birthday aku. alah bukan sengaja pun. muahaha. kesian diorang semua dah prepare nak kenakan aku, last last tak jadi sebab aku menangis macam apa sebab teringatkan ayah. masuk tahun ni dah lima tahun ayah tak wish birthday aku.

"alah rilek ar. wish birthday je pun. tu pun nak touching lebih lebih"

nampak macam remeh kan? memang pun. tu semua tak penting. yang pentingnya dah enam tahun ayah berpisah dengan umi. time nak dekat dengan birthday aku pulak tu. kalau kau ade kat tempat aku, ape kau rase? sedih kan? macamtu lah aku rase weh. bagi aku tu hadiah birthday yang paling teruk yang umi ngan ayah bagi. hmm dah la malas nak cerita lagi. benda dah lepas jangan dikenang. kang meleleh lagi susah pulak kang. muahahaha. hmmm tetibe teringat pasal last year. last year time birthday aku pun ayah tak wish jugak. takpelah maybe ayah sibuk sangat sebab tu dia terlupa kot. hmm last year kan, dua minggu selepas birthday aku, ayah amik aku dengan adik adik pegi rumah die. then ayah berhenti kejap kat kedai kek and beli birthday cake. ive assumed that ayah bought it to celebrate my belated birthday. from that aku fikir 'ayah ingat lagi ek birthday aku'. bila sampai rumah ayah je, aku nampak ramai gile orang. hmm sedara dari kelantan letuw. then aku masuk and salam diorang semua and then tukar baju and blablabla tetiba ayah suruh tolong mama (mak tiri aku) prepare makanan untuk diorang semua. and then diorang makan melantak semua yang ada dalam pinggan yang disediakan and tetiba ayah bawak kotak kek tersebut kat depan diorang semua. pastu ayah keluarkan kek tu dari kotak tu and know what? atas kek tu tulis 'Happy Birthday Batrisyia'. nampak tak yang ayah memang tak ingat birthday aku? :') birthday adik tiri aku tu ayah ingat pulak? birthday aku? anak sulung dia ni? hmm takpelah, ayah tak sengaja kot. agaknya ayah memang betul betul tak ingat. maybe tahun depan dia  ingat kot. sekali aku tunggu lagi tahun ni pun sama jugak. ayah tak wish pun :') aku call pun ayah tak angkat. busy sangat ayah aku ni kan. takpe aku faham, ayah banyak kerja. takde mase nak layan kerenah anak anak dia ni. takpelah, tunggu tahun depan pulak. tahun depan aku dah ade lesen motor. kalau ayah tak wish jugak aku pergi rumah ayah pastu ingatkan ayah. hahaha desperate betul. segan je. hmm dah la malas nak cerita. ha nak tau tak! aku ingat bila aku melalak tu means aku dah terlepas dari pembulian diorang tau. pagi esoknya aku bangun mandi macam biase. dah habis mandi tu aku naik la dorm nak prepare nak gi sekolah. then aku nak bukak loker nak pakai deodorant, dah tu aku tengok kunci loker aku dah hilang. aku try tanye makhluk makhluk yang berkenaan mane tau diorang ternampak kunci loker aku ke kan. tapi semua kate takde. haish, at the end haritu aku pergi lambat ke sekolah (actually memang hari hari lambat pun). yang paling awkwardnya for the first time aku pergi sekolah tanpa pakai deodorant, sikat rambut, pakai bedak, everything lah. and to be honest haritu memang sumpah aku selekeh gile. muahaha. tapi nasib baik le badan aku ni tak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. then time masuk kelas and aku baru je duduk satu kelas nyanyikan birthday song untuk aku. time tu aku buat bodoh sebab segan gile tapi dalam hati rase macam nak meletup terkinja kinja sebab terharu sangat :')by the way thanks 5 ST 2. lupa pulak nak cakap terima kasih haritu. muahahaha sori kay. lepastu macam macam la aku kena, kena cubit, kena debik. muahahaha sakit tu memang sakit tapi takpelah, lagipun tahun ni last kan..then petang tu balik je dari sekolah aku ingat kunci loker aku dah ade, tapi hampeh. satu dorm aku geledah nak cari kunci loker aku tapi still tak jumpa. then baru aku teringat kunci loker aku sama dengan salah sorang dari budak dorm aku. then dengan gelojohnya aku bukak loker aku. bila aku bukak je....habuk je yang tinggal. barang aku semua hilang. ni kat dining pulak. biasanya lepas dinner tu birthday girl yang akan conduct doa lepas makan. so aku pun dipanggil untuk conduct doa. lepas baca doa tu tangan aku dah start menggigil. memula aku cakap la terima kasih then perkenalkan nama apa semua. sekali time aku cakap aku lahir kat hospital automatically satu dining gelakkan aku.

" memang le lahir kat hospital, takkan lahir kat kandang pulak"

muahahaha, lawak time tu. actually time tu aku plan nak cakap aku lahir kat hospital London ke England ke, sekali hospital je yang aku mampu sebut. muahahaha buat segan je. takpe lah, betul la jugak kan. hmm pastu start dari tu sampai le ke malam asal aku lalu sebelah mane mane junioor je diorang wish 'happy birthday' kat aku. muahaha *bangga* then junior aku bagi aku handmade birthday card! comel! suka aku :) bila aku bukak je card tu tetiba terjojol kunci loker aku yg hilang tu. haah ye. pandai die main sorok sorok dengan aku ek --' malam tu, aku, nasya ngan mady pergi supper. time tu tinggal kitorang tiga orang je. macam biase la kitorang buat dining tu macam kedai kopi, lepak lame lame cerita kat situ. tetibe semua terdiam.

Happy birthday to you...
happy birthday to you...

ingatkan sape punya suara la yg macam katak puru. rupenye ade abang dining tu nyanyi untuk aku sbb petang td diorang nampak aku kene buli kat depan dining. dah tu kitorang blah cepat cepat. time dah nak blah tu pun die nyanyi lagi. tapi aku tak sure ar abang dining yang mane yang nyanyi. muahahaha pape jelah. lepastu dak nasya ngan mady bagi aku clues untuk cari barang barang aku yang hilang tu. dah penat mencari, aku duduk la kejap kat bed aku. sekali dak iepa dengan sape ntah simbah aku dengan bedak. ye, terbaik. dah le aku pakai baju hitam mase tu. then aku lari la kat depan, tengok macam line clear je aku pun sambung mencari barang2 aku tu. bila aku berdiri je tetiba aku rasa macam ade air mengalir kat atas kepala aku. dak iepa mandikan aku dengan air yassin -__- mase tu punya banyak aku tertelan air yassin yang bercampur dengan bedak. pahit tekak aku. tak cukup dengan tu, junior aku pulak buli aku mandikan aku dengan shampoo dengan detergent dengan sabun badan dengan pencuci muka sampai habis semua barang mandi aku. muahaha. last last aku mandi and habis cerita. panjang tak cerita aku? panjang kan? ingatkn tak kena buli last2 kena jugak. muahahaha clap hand for me ok bye. thanks all :*





← old bebelannew bebelan →