<body>
DISCLAIMER;
Bebelan
The Boss
Way Out
Values
+ follow Dashboard



throwback
Friday, November 29, 201311:38 AM

hellowwwwww assalamualaikum lama nggak ketemu yaaaaaa. *tiup habuk* yeah, tonight im going to bazirkan masa berjimba bersama encik blog yang buruk ni wkwkwkwk jangan marah ye blog. kau kena terima hakikat yang kau ni buruk. dah la buruk, jambu pulak. ergh. takpe nanti aku cari skin baru untuk kau ye soyong.

first of all aku nak cakap yang aku dah MERDEKAAAAAAA! yeah SPM is over and that means aku dah merdeka dari segala galanya. ye qis, ye. merdeka le sangat. selagi result belum keluar jangan ingat yang kau dah merdeka sepenuhnya. okay okay maksudnya aku dah merdeka dari alam sekolah. yeay lepasni no need to bangun pagi buta pergi mandi then tukar baju sekolah lepastu pergi sekolah dengar teacher chua membebel kat depan yeah semua tu dah tak ada lagi dah lepasni. kepada budak yang masih bersekolah tu sila lah jeles ye kehkehkeh. hmmm. actually aku still tak percaya yang aku dah habis sekolah. rasa macam kejap je sku sekolah kat sekolah tinggi perempuan melaka ni. hmm sedih, sedih sangat. sebenci mana pun aku kat sekolah tu, benci lagi aku kat selena gomes yang perasan lawa tu. eh tiba je tak masuk la qis. tiba tiba teringat zaman muda muda dulu. bila dah teringat ni mula la gatal nak membebel. nahh tak salah kan kalau share stories eh lagipun ni blog aku sukahati aku lah nak membebel ape pun ok tak gurau je maaf maaf. hmmmm. okay throwback masa aku form one dulu. aku masuk mghs lambat dua minggu kot. before tu aku sekolah canossa yang ergh entah malas nak cakap. time aku masuk tu dah nak dekat pukul sepuluh pagi kot. so masa tu aku diberi pilihan nak masuk kelas kawalan or kelas muzik.  aku mana suka muzik. time sekolah rendah dulu pun aku lari sorok dalam toilet masa exam muzik (diam semua jangan bagitau orang lain). so aku pun masuk kelas kawalan iaitu 1K1. then lepas dah setel semua benda cikgu azam bawak aku pi kelas aku. masa tu kelas english so aku dengan takde buku even sebatang pensil pun takde so aku pun buat derk je le menonong tengok sensei ajar. (oh ye masa zaman kitorang dulu sensei ajar english and jepun. tapi sekarang jepun je and jangan tanya aku kenapa) time tu sensei suruh aku keluarkan buku teks kot tak ingat ah buku ape tapi yang pasti telinga aku kena pial sebab aku tak bawak buku. pergh baru berapa minit aku masuk sekolah tu dah kena seksa ok whatever memang salah aku pun. ok malas nak cerita pasal sekolah sebab everything yang berlaku kat sekolah macam tak best sangat compared to hostel punya cerita. aku buat perenggan baru lah ea.

masa form one aku masuk hostel lambat sikit. akhir bulan satu kot aku baru masuk. and yeah, aku masuk malam. dalam pukul 9 camtu. see? kecik kecik dah tumbuh tanduk. sukahati aku je ek nak masuk bila. lepastu puan alimah (dulu dia ketua warden) suruh aku masuk dorm D1 sebab dorm lain semua dah penuh. and aku pilih bed atas. dormmate aku masa tu dak moon, bling, pika jeman, fadhloun, ikien yusnol, raisya, paan, athiella, kak niesa, kak ris, kak ain mok, kak bella, kak dayana, kak dian ngan kak diba. banyak sangat memories kat dorm tu ya Allah sumpah rindu uhuks. kawan first aku kat situ athiella. tapi dia pindah pahang sebab akak dia sakit. pastu aku geng dengan azreen ikien aloun niesa and nasya. aku start rapat dengan nasya masa seminggu before cuti sekolah sebab masa tu dia datang cerita kat aku pasal ape tah aku pun tak ingat. fyi believe or not dulu aku pendiam gila sampaikan semua bengang dengan aku sebab masa diorang cakap aku buat bodoh je. so aku dilabel bisu. eh helloooooww, aku tak bisu hokayy. itu malu namanya. (malu tak bertempat) haha. lepastu aku kena basuh dengan pentadbir sebab campurkan semua latihan semua subjek dalam satu buku tulis. senang cerita aku ni malas buat kerja sekolah. naik form two aku macam dah berani sikit nak bercakap dengan orang. masa tu sesi breaking ice masa kelas bm, cikgu erda suruh aku cerita pengalaman bercuti so aku cerita lah pokpepokpek kat satu kelas. time tu seeeemua terkejut tengok aku sebab tak sangka tengok aku boleh jadi sekepoh itu kahkahkah dont think that calm water dont have spongebob in it *meraban* oh ye lupa pulak nak bagitau masa form two aku kelas 2K2, ye, turun kelas. kau diam. jangan tanya kenapa. masa form two pun aku ade buat hal. nak tau hal ape? aku koyakkan borang permohonan asrama sebab taknak masuk hostel punya pasal. lepastu bila umi tanye, aku cakap yang aku tak dapat borang tu. jahat kan? abistu timbul le masalah takde sape boleh hantau aku pi sekolah. time tu umi pergi pejabat mintak borang permohonan asrama and yeah time tu jugak terkantoi semua. pergh lagi sekali aku kena basuh dengan pentadbir plus dengan umi ugh padan muka aku sape suruh buat hal kan. hahaha. *sepak batu* lastly aku kena masuk hostel jugak. dapat dorm F2 pergh tingkat atas sekali pulak tu pergh. time ni dormmate aku dak eddy, mary, ain, azifah, tyra foad,  tika jam, aida jiha, mira tasha, adaw, ekin moktar, nasya, kak sayra, kak fairuz dengan kak atin teha. rindu time form two. rindu gilaaaaaa.lagi lagi yang time pergi melaka maju 2010 tu. ya Allah rindunya sobsobs. lepastu ape lagi ekkk. hmmm actually malas nak cerita eh tak bukan malas nak cerita tapi malas nak menaip. tangan mengantuk pulak kahkahkah gelak la kau sorang sorang qis. bukannya lawak pun. lepastu sambung time form three pulak. dalam banyak banyak tahun aku paling rindu masa form three. rindu kat semua orang. tu le last time all of us gathering together before semua pergi pindah huwaaaa nak nangisssss. rindu sangat sangat :'c time form three aku dah naik kelas balik, 3K1. dorm A1. dormmate: puyie, azreen, mas kastad, mas syuk, izyan, ikien yusnol, mady, nani, kd, ainul, keyra, epa sam, nadia latip, niesa, azie, nazira. rindu woi rinduu *nangis* actually time form three ni aku nak tekankan pasal kefriendshipan aku dengan dak azreen. kira macam kawan baik lah. dalam banyak banyak kawan aku paling sayang azreen nasya niesa ikien yusnol and fadhloun. antara diorang semua aku paling sayang kat azreen ah. mane taknya, doplohpat jam aku dok melekat dengan dia. pergi memana dengan dia, buat jahat  pun dengan dia, overnight pun dengan dia, mengumpat pun banyak dengan dia, senang cerita semua kitorang buat sama sama.  rindu semua tu weh. rindu sangat. kalau aku tahu jadi macamni aku takkan buat dia macamtu. mintak maaf sangat3. hmm dah la taknak ingat lagi tak pasal meleleh lagi kang. yang kau pulak jangan nak tanya aku buat ape kat dia. pertanyaan tak akan dijawab. hmm masa form three pun aku kena basuh dengan pentadbir lagi. teruk kan aku ni? asyik asyik muka aku je yang naik pejabat. eh rilek rilek, time form three aku tak buat hal tau (kat sekolah tak lah. kat hostel takyah cakap. serupa syaitonirrajim) okay time ni aku kena tuduh conteng dinding sekolah. masa tu ada kes budak conteng dinding sekolah maki cikgu pentadbir semua. sekali bila disiasat, nama aku pun ada kat situ sekali. bukan setakat name je, birthdate aku pun hado kat situ. bukan satu, banyak pulak tu. bukan kecik, besau pulak tu. so pentadbir semua panggil aku lepastu tuduh aku buat. pergh takkan le aku nak conteng nama sendiri kot. kot ye pun aku ni jahat takde le sampai macamtu sekali nak tulis nama aku kat situ kan. takde keje aku. habih tu aku pulak yang kena ini tidak adil ini tidak adil arghhh *hentak kepala* okay cukup dengan drama itu sangat over ye kau qis. ok kat hostel takyah cakap ah. jahat gila aku. sampaikan senior (lagi lagi form five) semua attack aku dengan dak azreen. tapi kitorang rilek je, watlek watpis gitew. haha okay masuk form four pulak. masa form four aku dapat kelas pure science. menangis nangis aku merayu kat umi nak masuk kelas seni tapi umi tetap tak bagi. umi cakap science stream lagi menjamin masa hadapan okay fine malas nak debate dengan umi lagi so aku ikutkan aje. okay masa ni aku tak rapat dengan diorang semua. aip aip jangan ditanya kenapa pertanyaan takkan dijawab sila cuba sebentar lagi terima kasih. time form four ni im not sure samaada tak bnyk memori sgt ataupun aku terlebih makan semut sampai tak ingat. okay takpe proceed to form five pulak. time form five ni banyak happy moment ar. mula rapat dengan fivers, mula rajin nak belajar emm tu je kot. alamak dah nak kene kuar pulak dah. nanti sambung balik ye. okay bye xoxo



← old bebelannew bebelan →