<body>
DISCLAIMER;
Bebelan
The Boss
Way Out
Values
+ follow Dashboard



I AM A NURSE TO BE!!!
Friday, November 30, 20182:02 PM

dari zaman skola lagi, bila orang tanya dah besar nanti nak keje apa?

aku jawab "nak keje kat hospital"

sebab dulu cita2 nak jadi doktor (cita2 yg  cliche sangatttt hahah) tapi bila makin besar, makin dah tak minat nak jadi doktor. tapi still nak keje hospital. tapi tak pernah terfikir pun pasal NURSE. sbb dulu takut misi sbb ada sorang misi tu garam! nak gi ane ta tak oleh!

masuk matrikulasi, dapat pulak modul 2 (fizik kimia math sains komputer). stress sbb kena belajar subjek yg kita tak suka n takde kaitan dgn keje spital. akish buat rayuan pindah modul 1 atau 3 (biologi) tapi tak dapat. apeniii padahal biologi aku hebat kot!! huhu

masa tu dah mula sedih, sbb fikir dah takde rezeki nak kerja hospital. sedih masa tu Allah je yg tahu. lama jugak amik masa nak redha sbb sedih tengok kawan blajo benda ada kaitan dgn anatomi manusia tapi kita dok blajo pasal engineering, hadap eksperimen, kena kira kelajuan angin, berat zarah bagai 😆

habis matrik, sambung degree pulak. masa tgh duk usha kos dalam UPU tu tetiba ternampak kos nursing. dgn tidak berfikiran warasnya maka letaklah kos nursing sebagai priority no 1 (sebab mmg dah nekad giler nak lari dari bidang engineering tu) lepastu hat bawah2 tu baru letak kos engineering. masa ni mmg dah nekad dah, kalau tak dapat masuk u ataupun dapat kos lelong ke aku mmg dah redha dah sbb orang kata yg priority tu kena letak tu bidang yg kita belajar/skor/minat masa matrik. kalau salah letak mmg possibilty utk kena lelong/tak dapat masuk u sangat tinggi. aku pulak pi letak benda yg takde kaitan. nursing tu pulak requirement dia mmg nak yg ada subjek biology. mmg cari nahas la citer dia 😆

tapi tulah, punya la Allah sayang sampai Allah jauhkan kita dari benda yang Dia tahu kita tak minat dan tak mampu. aku dapat tawaran interview degree kat USM kos KEJURURAWATAN. banyak kali jugak dok tenung tawaran tu sbb nak pastikan tak salah baca. takut tersalah baca KEJURUTERAAN ke apa ke buat malu je. actually dapat dua tawaran. satu kat USM, satu lagi kat UiTM, dan kedua2nya kos nursing kahkahkah. tercengang kejap sbb dapat kos yang memang takde kaitan dgn apa yg aku blaja masa matrik. tapi tulah nak citernya, tak sangka dapat kos nursing. alhamdulillah 💕

sampai sekarang rasa mcm tak percaya tak lama lagi dah nak ada title NURSE depan nama. insha Allah kalau ada rezeki dapat jadi sister terus (ketua jururawat) ikut kelayakan. amiin amiin amiinnnnn! semoga dengan kerjaya ni laluan utk aku ke syurga semakin mudah. semoga usaha dan kebaikan sepanjang merawat pesakit2, Allah pandang aku yg banyak dosa ni. dan semoga doa dari pesakit2 yg pernah aku rawat, aku sempat ditarik masuk syurga skali andai aku tersungkur jatuh ke neraka.

kerana pendosa seperti aku sangat memerlukan doa dari orang2 seperti kamu.
amiin insha Allah.




Konfius? Konfius.
Thursday, December 14, 20175:20 PM

Banyak benda aku fikir sebenarnya. actually aku mcm blur, tak pasti dengan hidup aku. (padahal minggu depan ada test OSCE. Sempat pulak kau haha tolong la insof qistina oi) tapi serius aku memang konfius. Tak tau nak cite macamana, nak cite kat sape, nak mintak pendapat macamane, nak rasa apa, semua la. Maka akhirnya blog aku yg cantik ni dijadikan pilihan terakhir sebagai tempat aku mengadu domba. (i still love you tho walaupun cuma setahun sekali i bukak you. Jangan merajuk k muah)

Aku tengok makin ramai yang kawin sekarang ni. I mean, terlampau ramai. Kawan-kawan sekolah aku pun da ramai yg selamat berkawin. Ada yg dah ada baby dah pun. Baru-baru ni abang dia a.k.a bakal ipaq aku (berangan) pulak kawin. Jadi aku sebagai wanita bujang yg bercinta nak dekat 10 tahun ni sedikit sebanyak merasa frust la jugak sbb bercinta bagai nak rak tapi tak kawin-kawin lagi jugak. Orang lain kawin dulu dari aku huwaaaa awak jom la kawin. Penat la nak tunggu huhu

Tapi tu dulu la. Biasa la, masa tu mungkin aku terkurang akal sikit. Ingat kawin ni macam main pondok-pondok. Ingat alam perkawinan ni indah belaka macam cite drama petang-petang tv tiga suku tu. Ingat kawin ni senang. Ingat dah kawin nanti boleh happy jadi ibu dapat baby banyak-banyak (Eh? Haha). Memang aku bayang semua yg indah belake la tentang mende kawin ni. Takde cacat cela pun angan-angan karut aku tu. Orang kata berangan sampai langit ke tujuh juta. Macam dunia ni aku yang punya. Fairy tale sangatttttt kahkahkah

Bila da makin matang ni, mula la akal aku datang sikit-sikit. Dah mula fikir komitmens yang banyaks, dah mula nampak bayangan seram konflik-konflik rumahtangga (sebab slalu baca page KRT kat fesbuk. kahkah) tambah pulak zaman sekarang ni muncul pulak sejenis perempuan-perempuan tak reti malu and tak hormat rumahtangga orang. Benda tu semua buat aku semacam fobia nak kawin walaupun aku tak pernah kawin lagi. Like, kau bayang la kau punya la susah payah jaga rumahtangga kau tapi end up petik jari je orang lain hancurkan (naudzubillahi minzalik). Seram kan?.Moga tak jadi la pada kita. Doa je yang baik-baik.

So yesterday my kesayangan was about to ask my mom untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu bertunang. Actually kalau ikut cara islam kitorang mmg da bertunang pun. Masuk ni dah 10 tahun bertunang kahkah. I once said to him buat apa nak tunang lagi? Its been 10 years why not we just end our relationship with nikah etc etc je? Membazir masa duit blabla (tau jelah aku ni kalau dah membebel. Haha). Tapi dia nak jugak bertunang ikut adat melayu sbb nampak la mcm lebih serius yg kitorang ada ikatan so...ikutkan jela *rolling eyes*

Dan secara tidak sengajanya aku tersedar dari mimpi indah dan berfikir betapa beratnya nak kawin sebenarnya. Theres a loooootttt things you have to deal with. Physically and mentally. And aku fikir benda ni sedalam-dalam dan sejauh-jauhnya sampai la aku dapati yang aku MASIH belum layak untuk berumahtangga. Sebab tetiba Allah bukak mata aku and nampakkan almost seeeeeeemuua kelemahan and kekurangan aku. Kalau dah kurang itu ini macamana nak jaga makan pakai anak orang kan. Terus aku jadi semacam takut untuk ke langkah seterusnya yang mana sebelum ni menjadi target utama aku. Konon nak kawin umo 20 lel please la dah la nangis kuar hingus lepastu takde tisu lap kat baju. ada hati nak kawin. Puitt

 First, kau bukan nak kawin dgn dia je. Kau kena kawin dgn seeeeeeeeemua ahli keluarga dia, sanak saudara mak pak tiri ipar duai biras atok belah utara selatan timoq barat semua tu kau kena terima utk masuk dalam hidup kau. Jadi situ dah nampak da satu kelemahan aku. Dengan family kandung aku sendiri pun aku tak betul-betul rapat lagi, masih banyak kekurangan lagi sbb aku dari form 1 sampai la da degree ni mmg duk jauh dari family, jadi bila balik je jadi passive sikit sbb yela cuti pun sekejap-sekejap je jadi kat situ da nampak da betapa renggangnya hubungan kitorang satu family (kecuali dgn mak aku sbb aku boleh dikatakan anak manja mak aku jugak la. Haha). inikan pulak tetiber nak masuk family orang? Adoi memang mati keras la aku nanti. Huhu

Second, kau kena kawin jugak dgn kerjaya suami kau. Contoh macam kes aku, dia tu askar. Kau ingat senang ke nak bersabar dgn org kerja askar ni? Dah la kerja duty kerja duty tak pernah habis. Pastu cuti pun ciput. Kadang takde cuti. Pastu tetibe dah kena gi latihan pulak seminggu, kadang sampai sebulan. Tu tak masuk lagi dia pi operasi tiga bulan. Jadi askar ni biiiiiiziiii jela memanjang. Jadi bila masanya dia nak ada masa untuk kau? Kalau sebelum kawin pun da macamni, da kawin nanti? Ha gitu la aku fikir. Dulu masa dia memula jadi askar mmg aku susah nak faham dia. Jadi disebabkan aku kesian kat dia sbb asyik kena hadap merajuk aku ni, aku pun masuk la PALAPES DARAT kat u aku ni semata-mata untuk merasa dan nak faham kerjaya dia. Palapes ni kan askar jugak cuma wataniah jela. Tapi aktiviti dia lebih kurang jela so aku dapat la jugak relate dgn kehidupan dia. Biar la badan ngan mental aku terseksa pun masuk palapes ni, janji aku boleh faham dia. But still, jauh di sudut hati aku yang paling dalam ni aku ade la sedikit touching jugak sbb jarang dapat luang masa dgn dia. Msg pun jarang, call apatah lagi. Jumpa? Mmm lagi le setahun sekali je dapat jumpa. Tapi aku cuba tepis benda tu jauh² atas sbb bukan aku je yang perlukan dia, negara pun perlukan dia jugak. Kena banyak-banyak bersabar Jadi nak tak nak terpaksa la berkongsi kasih dengan negara. (cewahh)

Pastu, aku terfikir pulak perangai aku ni. Masih jauuuuuh dari matang. Subuh pun kadang subuh gajah, makan minum pun tak terjaga, duit pun harapkan umi ngan biasiswa, solat pun tak sempurna, ibadat susah nak istiqomah, kulit kasar berbelang macam kek sarawak, muka pun selekeh tak reti nak melawa. Oh ye cakap pasal melawa ni haritu aku try mekap umi. Jadi lepas tepek fondesen, bedak compact marykay, celak gincu blusher dadada, tiba pulak masa untuk pakai MASCARA. Yang berus lentik bulu mata tu. Nak dijadikan citer aku try pakai maskara tu and guess what? Aku tercucuk bebola mata aku 😂 dah la mata comot macam hantu, mata pulak ada kesan ink maskara tu. Menangis-nangis tonyoh biji mata nak bersihkan ink tu wei. Maka bertaubat la seketul qistina dari menyentuh barang mekap. Haha. Banyak la lagi flaws dan kelemahan dari diri aku sendiri. kalau nak senaraikan satu² aku rasa sampai kiamat pun belum tentu siap blog ni. Jadi aku fikir belum layak lagi la untuk aku menjaga makan pakai orang lain. Aku pernah cuba ubah diri aku, i mean banyak kali aku cuba improve untuk jadi yg terbaik. Tapi end up jadi macam ape tu tahi ayam ea. Alah ade la peribahasa tu. Yang aku ingat tahi ayam tu je. Hahah. Lepastu, aku ni ada satu perangai yang aku kira tak bagus untuk diri aku tapi aku tak boleh nak diminished perangai tu dari dulu sampai skarang, that is..rendah diri. Bukan rendah diri yg biasa² yang tawaduk tu, tapi terlebih rendah diri. Kira mcm aku suka compare diri aku dgn orang lain yg jauh lebih sempurna dari aku. End up, aku keciwa dgn diri sendiri dan menangis teresak-esak di bucu katil.  Orang lain cantik putih gebu gebas baik solehah pakai tudung labuh comel pandai, ada family yg bahagia, tapi bila banding dgn diri aku pulak, aku ni umpama seketul kentang yang terapung dalam lautan manusia-manusia yang sempurna. Dah la pressure sbb muka tak cantik putih mcm orang lain, family pulak bercerai berai. Bila dapat keluarga tiri pulak... bak kata orang mcm keluarga tiri yg diutus dari ner*ka. Agama? jauh menyimpang. Baik? lagi la jauh sekali. (sbb aku geng dgn bebudak nakal dulu. Hahah) Belajar pun tak pandai-pandai. Aku punya pressure tu sampai ada satu tahap masa skola dulu aku rasa mcm nak bunuh diri sebab kecewa hidup aku tak sesempurna orang lain. Sampai kena kaunseling berkali-kali beb. Tapi Alhamdulillah bila dah besar ni aku dah boleh kawal perangai sindrom down aku ni. Perangai tu tak hilang, still ada. Cuma aku boleh kawal la. Takde nak toreh² tangan makan ubat terlebih dos kemurungan mcm dulu lg dah. Skarang ni aku berjaya memanipulasi otak aku. Bila dia negative je aku cepat² istighfar and fikir sepositive mungkin. Kalau dah tak boleh kawal sangat paling teruk pun aku merajuk je bila tengok orang lain cantik sangat/ tengok anak² manja² dgn family masing²/ couple sweet² bahagia ala ala dunia ini mereka yang punya/ orang pandang mcm aku ni loser. Memang komfem aku akan merajuk sbb aku jeles. Haha. Yes, saya sangat sangat sensitif. Jenuh la orang duk memujuk aku walaupun sebenarnya mereka tidak bersalah. Haha

Tapi apa pun, muhasabah diri balik. Niat kau untuk kawin adalah kerana apa? Kalau betul niat kau, alhamdulillah. Kalau setakat nak ikut trend sbb ramai gila yang kawin bagai cendawan tumbuh merata rata, tak payah la nak berangan. Lupakan jela. Sbb marriage is not only marrying the one that you love and desired for, but marriage is an amanah. A big amanah. Doa yang baik-baik, insha Allah Allah susun yang baik-baik untuk kehidupan kau. And kalau betul dia jodoh aku, aku cuma mampu moga Allah pegang hati dia kuat-kuat untuk aku dan mudahkan urusan kami untuk menghalalkan hubungan dan seterusnya kehidupan kami dunia akhirat. Sbb aku selalu ingatkan kat otak aku, apa pun yang terjadi, kena ingat yang Allah yang izinkan semuanya untuk terjadi or so-known as taqdir, plus Allah adalah pemegang hati hamba-hamba Dia. Jadi ikut Dia la nak bolak balik hati orang tu macamana pun. Cuma the best thing you can do is keep berdoa doa doa doa doa and do not despair. Termasukla aku jugak. Aku pun kena doaaaaaaa and terus usaha perbaiki diri aku walaupun susah. Moga Allah permudahkan insha Allah.


Sambil berdoa dan berharap yang angan-angan fairy tale aku tadi tu akan menjadi kenyataan. Haha (sempat lagi :P)


Selamanya mencintai sang cinta pertama. Dan insha Allah yang terakhir.
Mrs. AAMJ to-be. Amiin



Tersimpang arah.
3:08 PM

Okay, here it goes!

Dah lama sangat ta menaip kat blog ni. Its been awhile since im away from matrics life saaampai lah aku dah nak masuk sem 2 kat USM ni. Yelah, masa matric dulu selalu la jugak pegang laptop ni. tu pun sebab ada praktikal science computer every Wednesday. kalau tak lagi berkarat la laptop yang umi beli untuk tujuan belajar ni, (yeke belajar? haha). lol betul la aku gunakan laptop ni utk belajar. aku mane ade layan cite korea ke cite 7 hari mencintaiku ke.

okay enough of that crap. zzz
Sebenarnya aku ada banyaaaaak sangat cerita nak share. Dari pagi tadi gigih susun jalan cerita tapi ended up i forgot almost everything once i touched the keyboard. ahaha. takpelah aku cerita random je.

So, nak dijadikan cerita seketul Qistina yang comel ni dah pun melangkah masuk ke alam universiti which is Universiti Sains Malaysia. dan as i mentioned before, aku da habis sem satu pun. esok nak masuk sem 2 baru terniat nak cerita dalam blog ni. ahaha. Aku ambil kos Bachelor in Nursing (with Honor).

"kenapa mesti NURSE?" 

"siyes aaaa nurse?"

"kau minat ke nurse ni? belajar tinggi tinggi dapat pointer tinggi jadi nurse je?"

"budak kelas kau masa matrik semua kos gempak engineering bagai (fyi aku modul 2 masa matrics dulu), tapi kau sorang je menyimpang ke bidang lain ni dah apekedehal?"

"muka garang jadi nurse memang makin sakit la patient kau lepasni" 
(okay yg ni aku takleh terima -_-)

aku ada sebab aku sendiri kenapa aku pilih kos Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kejururawatan) dengan Kepujian ni sedangkan aku boleh je dapat kos gempak2 yang orang selalu banggakan sangat tu kalau ikut result aku. tapi entah la, aku tak minat nak impress orang nak menunjuk bagai. plus, aku memang tak pernah nak minat benda lain selain dari medical line seperti Doctor and Nurses. dari kecik lagi aku minat dan aku nak jadi doktor. tapi takde rezeki sbb masa matriks dulu aku tak dapat ambil subjek biology maka ianya menjadi tidak layak kerana tak cukup syarat huhu. lagipun niat aku nak tolong mak aku je, sbb mak aku cancer survivor, so sedikit sebanyak aku ada la pengetahuan lebih utk jaga mak aku. ye dok?

(lagipun aku suka orang panggil aku Misi.

"Misi misi tolong rawat hati saya~ ciaciacia" 

Kalau ada patient mengada-ngada macamtu, memang aku bagi penumbuk ajaib je kat dia. Gatal sangat. haha)








im working :)
Monday, December 9, 201310:55 PM

assalamualaikum helluww gaiszzzsssxx ahaha wrempitz sikit maklum le kepala pun dah gedegang dah ni. rasa macam nak tidur tapi tangan gatal nak bebel kat blog ni. guess what? aku dah start kerja! kat mana? oh um yang tu hmm aaaa *main jari* hmm nanti lah aku bagitau.

pagi tadi bangun lambat sikit. 7.10 camtu baru bangun. ergh subuh tak pernah perfect. cuba la anak dara bangun awal sikit make your subuh perfect. (acano nak kawin ni subuh pun tak lepas). lepastu mandi siap siap pakai shirt merah make up semua (wait, kau pernah make up ke qis? okay wrong) make up betulkan tudung yang macam asdfghjkl. first pergi ofis umi nak punch card dulu katanya. then rushing pergi warung mamak kejap mkn kuih karipap berserta milo panas gila lepastu aku letak ais seketul tapi tak kurang jugak panas die. ok tak penting. then teruuus pi medin. masa tu kedai belum opening lagi. dari jauh aku nampak sorang akak pakai baju sama warna dengan aku bukak kedai tu. kak diana nama die. turun je dari kete hmm rugi korang tak tengok muka aku time tu. punya kecut perut aku nak start kerja. tangan hmm takyah cakap ah, beku macam ais. dah le first day. kena senyum bak kata umi :P first day starts with aku kena arrange table, then sapu sampah, then mop lantai. okay part mop lantai ni sumpah malu kuasa sejuta. know what, ive never expected yang benda alah kuning like korang pernah tengok tak cleaner bawak benda alah kuning yang beroda yang dalam dia letak air untuk mop ke hulu ke hilir ok senang cakap bekas air untuk mop tu. masa aku mop tu aku terlanggar benda tu and yeay habis basah satu kedai dibuatnye. time tu aku punya ternganga seluas padang sekolah. tersengih sengih macam kerang (padahal cuak) pergi mintak maap kat semua orang lepastu mop balik but alhamdulillah kak diana tolong aku mop. lepas dah setel semua abg iqbal selaku headchicken headkitchen bagi tazkirah kat aku. he is really really really really sporting sampaikan aku yang pemalu ni pun rasa selesa bila cakap dengan dia. sangat sporting. aku sendiri tak tau nak ungkapkan kesportingan beliau dah la qis over nau kau. hmph lepastu abg iqbal suruh aku amik satu buku menu lepastu hafal semua kod makanan. lepastu mula lah customer datang. mula mula sorang, lepastu dua orang, sampai la satu tahap tu memang tak cukup kaki aku nak melayan diorang. kejap nak tu kejap nak ni ala biase le name pun customer kan. so aku habis kerja pukul 6 petang lololo then aku beli durian crepe while waiting for umi. okay thats all je kot. lapar nak makan sampai buncit okbye muah xoxo
































girls day out :>
Tuesday, December 3, 20136:12 PM

halluuuuuuuu assalamualaikum. okay harini malas nak merapu sebab mode memang tengah malas sekarang. sangat malas. kalau nak diikutkan aku malas nak hadap blog buruk ni tapi tulah, bosan pulak bila dok buat pape kat gumah ni. indeed kerja menganggur ni memang bosan. (tak sedar ke awak dah dapat kerja cik qis oi?) erk kena faham aku ni seorang yang pemalas. eh tak bukan pemalas sebenanye, tapi tulah. perempuan mane boleh kerja berat berat, nanti kawin lambat.

semalam having blast with beloved fivers (actually fivers hostel je) disebabkan kitorang semua dah MERDEKA *belagak* so kitorang semua plan pergi hang out kat mp. memula aku malas nak pergi tapi disebabkan dok kat rumah pun buat sakit hati je so aku pun tukar le baju siap siap semua then cakap kat umi nak pergi blablabla then umi ckp umi nak hantar. sampai sampai je aku tak jumpa diorang pun. i told them that i was not going (konon) lepastu aku ronda ronda satu dp cari diorang. sambil sambil tu aku text dengan nasya yang memaksa aku suruh pergi (haha) and then tetiba mady call and i was like argh lari lari cari tempat yang senyap sikit so that dia tak tau yang aku datang then baru aku answer her call. pokpekpokpek semua aku pun buat buat la tanye diorang kat mana apa semua and she said tht they were at the mcdonald depan st. francis tu. that time i was like "....okay" takde lagi jauh ka makcik -_- dah le aku kat tetengah dp nak tak nak aku lari jele pi mcd tu. time lari lari tu aku terserempak dengan eli dengan fara. lepastu aku sampai mcd tu punya tekejut diorang lepastu tak pasal kena bebel dengan nasya si mak nenek tu. then kitorang jumpa echa. lepastu tunggu kat somewhere tak ingat kat mana sebab nak tunggu semua gathering together then jalan sama sama. that time yang datang just aku, nasya, mady, echa, inchi, elly, fara, bella, toche and dayah (outsider). yang lain tak boleh datang sebab hujan. lepas gathering tu kitorang pecah dua group. aku jalan dengan mady nasya echa. at first kitorang punya lah determined cari jalan nak merentas  ke mp lepastu sesat kat hatten square at last jumpa jugak jejantas nak pi mp. kenapa tak lintas jalan je? okay ada dua sebab kat sini: 1) sebab hujan. 2) sebab kereta banyak so mmg payah nak melintas kat situ. (kang tak pasal aku tak dapat kawin kang. muahaha) time nak turun dari jejantas tu ada accident. first time dapat tengok accident dengan mata sendiri tapi takde le teruk mana pun accident tu. it was just kereta duck tour yang besar warna kuning tu lupa nak tarik gear so dia berundur ke belakang sampai terkena kereta belakang. habis pecah front mirror kereta tu. kesian gila dah leada baby kat dalam tu. nasib kereta tu tak kena lenyek. lepastu kitorang pergi makan kat KFC. aku rasa kitorang spent almost an hour kat sini sebab dengar cerita nasya yang panjang tak sudah (tengok wayang pun sempat habis i think, wkwkwkwk gurau kay gurau) lepastu kitorang pergi solat semua then baru pergi bowling. time sampai tu dak eli semua dah habis main bowling dah so kitorang pun pergi le tengok waye sementara yang lain pergi main laser tag. oh ya sementara nak tunggu masuk waye tu kitorang main bowling. lane kitorang sebelah lane niqabis. time tu semua kemain belagak lagi konon dapat score tinggi bagai. sekali bila habis main kitorang tengok scoreboard kitorang lepastu bandingkan dengan niqabis tu and i was like ternganga sebab niqabis tu punya score sepuluh kali ganda lagi tinggi dari kitorang. pergh wa tabik spring sama lu der. okay then kitorang blah pergi tengok waye. know what, semua pelik dengan aku sebab dari start movie tu sampai le habis aku asyik gelak je. kalau tengok cerita kartun tu logik le jugak aku ketawe, ni cerita HANTU. alah cerita tu merapu, aku pun gelak le. kang aku mengilai kang tak pasal kena tampar pulak. so habis movie dalam pukul 6.30 pm and kitorang pergi kat mcdonald dp sebab Puan Maimon suruh tunggu situ. and then semua balik. memang penat tapi best. hope dapat gathering macamni lagi in the future. okay thats all. penat pulak nak menaip. oh ya, nanti aku upload gambar ea. USB buat hal pulak. (lagipun aku malas nak upload, kikiki) okay tu je kot. ok thats all. nak pi mandi. satgi nak interview. bye muah setepek



throwback
Friday, November 29, 201311:38 AM

hellowwwwww assalamualaikum lama nggak ketemu yaaaaaa. *tiup habuk* yeah, tonight im going to bazirkan masa berjimba bersama encik blog yang buruk ni wkwkwkwk jangan marah ye blog. kau kena terima hakikat yang kau ni buruk. dah la buruk, jambu pulak. ergh. takpe nanti aku cari skin baru untuk kau ye soyong.

first of all aku nak cakap yang aku dah MERDEKAAAAAAA! yeah SPM is over and that means aku dah merdeka dari segala galanya. ye qis, ye. merdeka le sangat. selagi result belum keluar jangan ingat yang kau dah merdeka sepenuhnya. okay okay maksudnya aku dah merdeka dari alam sekolah. yeay lepasni no need to bangun pagi buta pergi mandi then tukar baju sekolah lepastu pergi sekolah dengar teacher chua membebel kat depan yeah semua tu dah tak ada lagi dah lepasni. kepada budak yang masih bersekolah tu sila lah jeles ye kehkehkeh. hmmm. actually aku still tak percaya yang aku dah habis sekolah. rasa macam kejap je sku sekolah kat sekolah tinggi perempuan melaka ni. hmm sedih, sedih sangat. sebenci mana pun aku kat sekolah tu, benci lagi aku kat selena gomes yang perasan lawa tu. eh tiba je tak masuk la qis. tiba tiba teringat zaman muda muda dulu. bila dah teringat ni mula la gatal nak membebel. nahh tak salah kan kalau share stories eh lagipun ni blog aku sukahati aku lah nak membebel ape pun ok tak gurau je maaf maaf. hmmmm. okay throwback masa aku form one dulu. aku masuk mghs lambat dua minggu kot. before tu aku sekolah canossa yang ergh entah malas nak cakap. time aku masuk tu dah nak dekat pukul sepuluh pagi kot. so masa tu aku diberi pilihan nak masuk kelas kawalan or kelas muzik.  aku mana suka muzik. time sekolah rendah dulu pun aku lari sorok dalam toilet masa exam muzik (diam semua jangan bagitau orang lain). so aku pun masuk kelas kawalan iaitu 1K1. then lepas dah setel semua benda cikgu azam bawak aku pi kelas aku. masa tu kelas english so aku dengan takde buku even sebatang pensil pun takde so aku pun buat derk je le menonong tengok sensei ajar. (oh ye masa zaman kitorang dulu sensei ajar english and jepun. tapi sekarang jepun je and jangan tanya aku kenapa) time tu sensei suruh aku keluarkan buku teks kot tak ingat ah buku ape tapi yang pasti telinga aku kena pial sebab aku tak bawak buku. pergh baru berapa minit aku masuk sekolah tu dah kena seksa ok whatever memang salah aku pun. ok malas nak cerita pasal sekolah sebab everything yang berlaku kat sekolah macam tak best sangat compared to hostel punya cerita. aku buat perenggan baru lah ea.

masa form one aku masuk hostel lambat sikit. akhir bulan satu kot aku baru masuk. and yeah, aku masuk malam. dalam pukul 9 camtu. see? kecik kecik dah tumbuh tanduk. sukahati aku je ek nak masuk bila. lepastu puan alimah (dulu dia ketua warden) suruh aku masuk dorm D1 sebab dorm lain semua dah penuh. and aku pilih bed atas. dormmate aku masa tu dak moon, bling, pika jeman, fadhloun, ikien yusnol, raisya, paan, athiella, kak niesa, kak ris, kak ain mok, kak bella, kak dayana, kak dian ngan kak diba. banyak sangat memories kat dorm tu ya Allah sumpah rindu uhuks. kawan first aku kat situ athiella. tapi dia pindah pahang sebab akak dia sakit. pastu aku geng dengan azreen ikien aloun niesa and nasya. aku start rapat dengan nasya masa seminggu before cuti sekolah sebab masa tu dia datang cerita kat aku pasal ape tah aku pun tak ingat. fyi believe or not dulu aku pendiam gila sampaikan semua bengang dengan aku sebab masa diorang cakap aku buat bodoh je. so aku dilabel bisu. eh helloooooww, aku tak bisu hokayy. itu malu namanya. (malu tak bertempat) haha. lepastu aku kena basuh dengan pentadbir sebab campurkan semua latihan semua subjek dalam satu buku tulis. senang cerita aku ni malas buat kerja sekolah. naik form two aku macam dah berani sikit nak bercakap dengan orang. masa tu sesi breaking ice masa kelas bm, cikgu erda suruh aku cerita pengalaman bercuti so aku cerita lah pokpepokpek kat satu kelas. time tu seeeemua terkejut tengok aku sebab tak sangka tengok aku boleh jadi sekepoh itu kahkahkah dont think that calm water dont have spongebob in it *meraban* oh ye lupa pulak nak bagitau masa form two aku kelas 2K2, ye, turun kelas. kau diam. jangan tanya kenapa. masa form two pun aku ade buat hal. nak tau hal ape? aku koyakkan borang permohonan asrama sebab taknak masuk hostel punya pasal. lepastu bila umi tanye, aku cakap yang aku tak dapat borang tu. jahat kan? abistu timbul le masalah takde sape boleh hantau aku pi sekolah. time tu umi pergi pejabat mintak borang permohonan asrama and yeah time tu jugak terkantoi semua. pergh lagi sekali aku kena basuh dengan pentadbir plus dengan umi ugh padan muka aku sape suruh buat hal kan. hahaha. *sepak batu* lastly aku kena masuk hostel jugak. dapat dorm F2 pergh tingkat atas sekali pulak tu pergh. time ni dormmate aku dak eddy, mary, ain, azifah, tyra foad,  tika jam, aida jiha, mira tasha, adaw, ekin moktar, nasya, kak sayra, kak fairuz dengan kak atin teha. rindu time form two. rindu gilaaaaaa.lagi lagi yang time pergi melaka maju 2010 tu. ya Allah rindunya sobsobs. lepastu ape lagi ekkk. hmmm actually malas nak cerita eh tak bukan malas nak cerita tapi malas nak menaip. tangan mengantuk pulak kahkahkah gelak la kau sorang sorang qis. bukannya lawak pun. lepastu sambung time form three pulak. dalam banyak banyak tahun aku paling rindu masa form three. rindu kat semua orang. tu le last time all of us gathering together before semua pergi pindah huwaaaa nak nangisssss. rindu sangat sangat :'c time form three aku dah naik kelas balik, 3K1. dorm A1. dormmate: puyie, azreen, mas kastad, mas syuk, izyan, ikien yusnol, mady, nani, kd, ainul, keyra, epa sam, nadia latip, niesa, azie, nazira. rindu woi rinduu *nangis* actually time form three ni aku nak tekankan pasal kefriendshipan aku dengan dak azreen. kira macam kawan baik lah. dalam banyak banyak kawan aku paling sayang azreen nasya niesa ikien yusnol and fadhloun. antara diorang semua aku paling sayang kat azreen ah. mane taknya, doplohpat jam aku dok melekat dengan dia. pergi memana dengan dia, buat jahat  pun dengan dia, overnight pun dengan dia, mengumpat pun banyak dengan dia, senang cerita semua kitorang buat sama sama.  rindu semua tu weh. rindu sangat. kalau aku tahu jadi macamni aku takkan buat dia macamtu. mintak maaf sangat3. hmm dah la taknak ingat lagi tak pasal meleleh lagi kang. yang kau pulak jangan nak tanya aku buat ape kat dia. pertanyaan tak akan dijawab. hmm masa form three pun aku kena basuh dengan pentadbir lagi. teruk kan aku ni? asyik asyik muka aku je yang naik pejabat. eh rilek rilek, time form three aku tak buat hal tau (kat sekolah tak lah. kat hostel takyah cakap. serupa syaitonirrajim) okay time ni aku kena tuduh conteng dinding sekolah. masa tu ada kes budak conteng dinding sekolah maki cikgu pentadbir semua. sekali bila disiasat, nama aku pun ada kat situ sekali. bukan setakat name je, birthdate aku pun hado kat situ. bukan satu, banyak pulak tu. bukan kecik, besau pulak tu. so pentadbir semua panggil aku lepastu tuduh aku buat. pergh takkan le aku nak conteng nama sendiri kot. kot ye pun aku ni jahat takde le sampai macamtu sekali nak tulis nama aku kat situ kan. takde keje aku. habih tu aku pulak yang kena ini tidak adil ini tidak adil arghhh *hentak kepala* okay cukup dengan drama itu sangat over ye kau qis. ok kat hostel takyah cakap ah. jahat gila aku. sampaikan senior (lagi lagi form five) semua attack aku dengan dak azreen. tapi kitorang rilek je, watlek watpis gitew. haha okay masuk form four pulak. masa form four aku dapat kelas pure science. menangis nangis aku merayu kat umi nak masuk kelas seni tapi umi tetap tak bagi. umi cakap science stream lagi menjamin masa hadapan okay fine malas nak debate dengan umi lagi so aku ikutkan aje. okay masa ni aku tak rapat dengan diorang semua. aip aip jangan ditanya kenapa pertanyaan takkan dijawab sila cuba sebentar lagi terima kasih. time form four ni im not sure samaada tak bnyk memori sgt ataupun aku terlebih makan semut sampai tak ingat. okay takpe proceed to form five pulak. time form five ni banyak happy moment ar. mula rapat dengan fivers, mula rajin nak belajar emm tu je kot. alamak dah nak kene kuar pulak dah. nanti sambung balik ye. okay bye xoxo



yeay seronoknya :D
Monday, November 4, 20134:01 PM

maaf, tajuk atas tu takde kena mengena langsung dengan post ni. tu gimik je kay, gimik je. lol. aku bukan nak cakap apa lah. tapi aku memang asyik terasa macam nak menangis je sejak akhir akhir ni and i dont even know why. banyak sangat benda aku fikir mungkin. entah lah. aku sendiri tak faham dan semakin tak faham dengan diri aku ni. dah nak exam pun masih gedik gedik nak stresskan diri dengan memikirkan hal yang remeh temeh macamtu. dengan ade orang sakitkan hati aku lagi.  haish sabar jelah wahai hati~ lol akish, please ignore semua benda tu kay. lepas exam baru fikir balik oke? sekarang fikir pasal exam. nahhh, fikir senang ke? kalau lah aku boleh arahkan otak aku untuk berhenti fikir pasal benda benda mengarut ni kan bagus. tak pun aku telan sejenis pil yang boleh tenangkan fikiran aku yang serabut nak mampus ni. biar hilang semua masalah aku. oh ye, fyi maksud aku di sini takde kaitan langsung dengan DADAH kay. tolong jangan salah faham. ya Allah, minta dijauhkan lah najis tu dari aku. aku ni masih waras tau. aku takkan ambil benda alah haram jadah tu. nanti Allah marah. lagi satu, dah le ayah aku polis. kang tak pasal kena tangkap dengan ayah sendiri sebab kes makan dadah. buat malu je. eh jap, aku cerita pasal apa sebenarnya ni? kenapa mengarut sampai ke dadah pulak ni? okay patah balik, patah balik~

esok dah kena balik asrama balik. lepastu esoknya....hmm....esoknya tu.....ya Allah. kalaulah aku boleh bagitau kementerian pelajaran yang aku still belum bersedia lagi nak SPM and mintak tangguhkan date exam mesti diorang akan decline date SPM kan? lol sudah la kau qis. kau bukan anak raja pun. terima jelah qis, exam lagi sehari je. kau sedia ke tak sedia ke tetap kena amik jugak. haha padan muka aku. aku tengah stress sekarang ni. kalau buat ujian DAS yang biasa cikgu Rohana yang "hakakkkk hakakkkk" tu bagi, comfirm aku ni over-stressed. haha. tak payah buat ujian tu pun dah jelas menampakkan yang aku tengah stress sekarang ni. biasalah, budak exam kan. bohong le kalau tak stress. dah la. aku malas nak merapu lagi. nak sambung study. nak dapat 9A+ KATANYER. ye, kata nyerr lah. konon yeye macam boleh dapat. dah la. semangat aku hilang. hilang 99%. ada sesiapa boleh bagi aku semangat tak? yeah there you go :D

*krik krik krik krik*

yaaaa, itu dia semangat untuk aku. terima kasih kah kah kah lawak apakah ini *sadlife* dah la. aku nak blah. nak pegi terjun bangunan. eh salah, nak study. ye tak ye jugak ek? idea yang bernassss yeah aku nak pegi bunuh diri sekarang okbye. lol bawak mengucap qis. kau tu masih ada Tuhan. toksah nak karut sangat nak bunuh diri bagai. gusi kau tercucuk tulang ikan sikit pun kau dah bising. ni kau nak bunuh diri? pigi dahhh~ dah la korang. ceh siap 'korang'. bukan ada orang baca pun. aku je yang syok sendiri dok hadap benda ni sorang yelah aku kan tak femes sobsob srotttsrrootttt *sedut hingus* maaf ye tak sopan sikit. oke lah, bye semua assalamualaikum and wish me luck :>



forgive and forget :>
Saturday, November 2, 20139:38 PM

semalam mintak maaf dengan cikgu cikgu semua. first sekali mintak maaf dengan cikgu Azlina Awang (Chemistry) sebab masa tu memang subjek dia pun. lepas je kitorang arrange kerusi meja kat dewan peperiksaan, kitorang terus serbu cikgu azlina lepastu mintak maaf peluk nangis bagai. sedih. memang sedih. lagi lagi time cikgu cakap macamni: "saya cikgu terakhir awak, lepasni awak dah tak panggil cikgu dah. awak panggil lecturer pulak" and i was like........wargghhhhhh tak sanggup nak tinggalkan sekolah wei! sumpah tak sanggup. sebenci mana pun aku kat sekolah tu, sebenci mana pun aku kat hostel tu, bila dah tiba saat untuk aku pergi, aku memang tak sanggup. aku tak sanggup nak tinggalkan cikgu cikgu, kawan kawan. lepas mintak maaf kat cikgu azlina, kitorang terus serbu bilik guru mintak maaf peluk cium nangis bagai kat dalam tu. muahaha malu aku semua orang tengok aku nangis cam yeye. over nau kau jah. haha takpelah, bukan senang tau nak tengok aku nangis *kening kening* cikgu yang paling menyentap jantung aku mesti le cikgu fazilah yasin a.k.a mama 5ST2 (Biologi). lepastu cikgu zalina md noor (Physics) and teacher lim bee lian (Maths and Add Maths). empat orang cikgu nilah yang paling banyak aku buat dosa. selalu tidur dalam kelas diorang, selalu makan time diorang mengajar, tak siapkan homeworks, leka and what so ever banyak sangat dosa sampai tak ingat semua. and bila time mintak maaf kat diorang, aku le yang nangis paling yeye. tapi yang aku paling terharunya, diorang pun nangis sekali. cikgu zalina yang tahan airmata tu pun finally aku berjaya buat dia nangis jugak. hahaha jahat aku. lepastu diorang bagi aku kata kata semangat peluk cium nangis apa semua baru aku oke. tu pun aku makan cokelat yang aku bawak. konon cokelat boleh tenangkan perasaan. kalau tak memang banjir le sekolah tu dengan airmata aku niaa. haha. cikgu lain aku mintak maaf macam biasa (tapi ada nangis sikit (sikit jelah)) balik tu aku mintak maaf kat teacher Chua pulak.start aku datang kat dia je....

teacher: kupu kupu kering~ jangan result kau pun kering macam kau sudah le ye~

aku: *salam teacher* takde le teacher. teacher, saye nak mintak maaf tau sebab selalu sakitkan hati teacher selalu buat teacher marah blablablablabla (cium tangan teacher banyak kali sebab nak cover muka nangis, muahaha)

teacher: ala dah le tu. saye dah maafkan kau pun kupu kupu. sorry jugak le sebab selalu marah kau. ala biase le cikgu marah pelajar, pelajar dimarahi cikgu. biase letuw kan? blablablablabla (usap kepala aku)

aku: *terharu* yelah thanks teacher sebab jaga kitorang selama ni blablabla (tak ingat cakap ape muahaha)

teacher: (tak dengar sebab masa tu cikgu norizan menyampuk)

aku: -.- dah la teacher saye balik dulu kay. bye teacher

teacher: ha bye, balik tu jaga kesihatan baik baik. jangn sakit2 pulak dah nak exam ni

aku: oke teacher bye~

see? nampak tak? teacher mintak maaf kat akuuuu! first time seorang cikgu mintak maaf kat student dia. time tu aku punya terharu tak payah cakap lah. dah nangis pun. hahaha. lepastu kitorang mintak maaf sesama sendiri kat dataran ilmu. time tu semua form 5 bergabung and i was like ya Allah, terharunnya aku :') Kau kekalkanlah ikatan persahabatan antara kami semua ya Allah. and this time aku nangis lagi. haha. baru aku tau aku ni cengeng lol. takpelah kali ni je. fyi aku rasa tenang sikit bila dah mintak maaf ni. rasa kurang sikit beban aku. alhamdulillah :) tu je kot dah la malas nak cerita lagi. last but not least, thank you and sorry for everything kalau ada buat salah ke ape ke, hara dimaafkan and kalau ade yang haram tu halalkan la ye. doakan aku dapat jawab exam dengan tenang oke. wish me luck! *takut* for all 96's batch, selamat berjuang oke olls. kite pecahkan rekod lagi ye untuk tahun ni oke fivers? insyaAllah Allah dengar doa kita semua. nurul qistina zainudin and friends will achieve our supergoal 9A+ in SPM if Allah wills. Kun Faya Kun. amiin.






eeeeee geramnyaaaaaaaa!
Saturday, October 26, 20132:07 PM

assalamualaikum! hoho ketemu lagi yaaaa. harini aku nak mengumpat sikit pasal kes yang aku kena marah tu. krang perasan tak kat entry before ni aku hado highlight something? perasan kan? hah ni cerita sebenar dia *bengang ni bengang ni*
(cerita sebenar berdasarkan keterangan saksi *kemain ayat*)

hari selasa, 24 Oktober 2013

waktu: lepas dinner
*time ni semua orang dah pergi surau untuk solat maghrib*
(aku dengan fazana duduk kat studyhall tengah belajar)

*around pukul 7.40 pm*

tiba tiba Hadirah Hussin (ketua exco) dengan Wadi amende tah name die (exco) datang study hall. diorang jenguk jenguk lepastu blah

lima minit kemudian...

*diorang datang lagi* jenguk jenguk lepastu blah* 
Aku: "amende le diorang nak ni... *pelik* ah biar lah *sambung study*"

then aku keluar nak beli air tin. sekali aku nampak sakinah.

"kina, iedi mana?"

"iedi? iedi ada kat atas."

"oh oke."

"akak naik tu hati hati tau. kang exco nampak pulak"

"ha yelah"

*then aku pun naik pegi dorm A2* 

5 minit kemudian...

*tetiba makhluk dua ekor tadi tu masuk dorm A2 then bukak lampu*

*aku bangun terus kuar pi studyhall*
.
lepastu makhluk tu pegi studyhall pulak. ape lah masalah diorang -.-
(macam biasa. diorang jenguk jenguk lepastu pergi)
lepastu diorang datang balik then baru tergedik gedik nak tegur aku.

"kak qis nanti pegi surau kay"

*disebabkan masa tu dah pukul 8.15 and aku rasa announcement kat surau pun dah habih, so aku pun tak pergi. baik aku belajar je. pergi surau bukan boleh solat pun~*
*then diorang dah balik dari surau, aku pi tuisyen macam biasa*

keesokan harinya aku kena marah dengan Chua sebab exco kesayangan dia cakap aku melepak dalam dorm. aku masuk dorm tu pun tak sampai 5 minit kau dah tuduh aku lepak dalam dorm palehotak kau! yang kau nampak aku duduk belajar kat studyhall tu kau tak cakap pulak! manusia macamni memang TAK LAYAK LANGSUNG jadi pemimpin. sikit sikit nak mengadu. benda remeh pun nak mengadu. kalau kau dah banyak kali tegur aku tapi aku degil tak dengar cakap kau takpe le jugak kau nak mengadu. ni tak. tegur pun tak (i mean sekali je (tu pun suruh orang lain yang tegur)) lepastu mengadu macam aku ni jahat sangat taknak dengar cakap kau. eeeii nampak sangat kau bergantung 101% kat teacher. tak reti nak jalankan tanggungjawab sendiri. tau nak suruh orang marah je. sanggup ek kau mengadu macam2 kat Chua pasal form 5? tak fikir ea orang nak SPM?! kau suka la kan aku kena maki hamun pukul semua dengan teacher? puas kan?? memang le suka kan. manusia macam kau memang suka tengok kitorang semua ni dilayan macam binatang kan. nasib baik aku dah habis sekolah. tak payah nak tengok muka kau dengan exco2 tu lagi. huh






Kena marah part 11
Friday, October 25, 20138:36 PM

*sambungan dari part 1*

DAY 2 and 3

*tak kena marah sangat. just pandangan tajam je.*

DAY 4
hari Rabu, 23 Oktober 2013

*balik dari kelas tambahan* *berlari lari nak cop shower sebab nak mandi awal memandangkan masa tu belum habis prep lagi*
.
Aku: *masuk toilet* *tengok shower semua penuh* *angkat pail blah pegi dobi sebelah toilet* *mandi kat situ*
.
dah habis mandi.....
.
Aku: *keluar dari dobi pegi toilet sebab nak letak pail*
(dalam toilet tu ramai lagi yang tengah mandi)
.
sekali teacher masuk toilet...

"HOI!! KAU BERHENTI MANDI SEKARANG JUGAK!!!! AKU KIRA SAMPAI TIGA KALAU KAU TAK KELUAR JUGAK AKU PECAHKAN PINTU NI!!!!!! BLABLABLABLABLA!!!"

Aku: *lari keluar dari toilet terus pecut pergi studyhall* *then fara suruh aku tukar kasut lepastu pegi dining sebab teacher nak jumpa*
.
kat dining.....
.
Aku: *masuk dining* *duduk kat table bulat (dining baru)*
.
*semua duduk diam tunggu teacher datang*
*and finally teacher pun sampai*
.
Teacher: "penuhkan tempat duduk ni! (ada tiga kerusi kosong) orang belakang tu meh sini duduk sini."

*krik krik. takde orang pun dengar cakap dia.* *aku nak duduk kat situ tapi entah kenapa aku tak sedap hati. so aku diam je*

"Kau duduk sini." *teacher tunjuk ke arah aku*
.
*aku pun bangun pergi kat kerusi kosong tu*

sekali.......

BEDEPEK!! (teacher pukul aku *sakit siot*)

"AKU TUMBUK KAU KANG PECAH CERMIN MATA KAU BIAR KAU BUTA! KAU DAH TIGA KALI AMARAN TAPI MASIH TAK SEDAR DIRI!!! KAU PIJAK KEPALA AKU BLABLABLABLABLA!!!! (tengking)"

*ape lagi salah aku kali ni -____- *

"Aku suruh kau pergi dining kau boleh lagi pergi mandi ea!!!!"
.
"mane ade teacher. saye dah lama dah mandi"
.
"habistu kau kat mana tadi hah!!?! aku suruh kau pergi dining kau pergi mana?!?!?!!!"
.
Aku: *diam*
.
PANGGG!!! (teacher sepak aku. tapi aku elak guna tangan so kena pipi ngan hidung aku)
.
"aku dah baik baik dengan kau tapi kau pijak kepala aku!! blablablablabla!!!! (tengking)

*lepas puas maki hamun aku, dia bebel pasal benda lain pulak*

*lepastu dia suruh semua blah. form 3 and nama yang dia panggil tu kena stay*
.
kat studyhall...

"kesian kau qis. ape ku buat sampai dia buat macamtu sekali kat kau?"

Aku: *diam* "aku nak call mak aku lah. kesian mak aku dah tunggu lama sangat kat sekolah tu."

*baru je nak blah pergi public phone, tiba tiba....*
.
"qisss! teacher chua panggil!!" -alia

hah?! teacher panggil??
(ya Allah ape lagi salah aku kali ni :'< )
.
*pastu aku pun pergi dining jumpa dia kat dining*
.
*group by group kena marah dengan makhluk tu*
.
tiba tang aku....
.
"kau dah form five pun masih lagi buat hal! dah nak SPM pun masih tak sedar diri melepak dalam bilik masa orang tengah jalankan aktiviti kerohanian. blablablablablabla potpetpotpet!"
.
*pastu dia suruh semua blah kecuali form 3*
(kesian form 3 asyik kena marah je. hmmm :/ )

-the end-

#nampak tak ape yang aku highlight tu?? nampak kan???  itu FITNAH. exco bangang fitnah aku. nanti aku story pasal ni kay. bye takde mood




← old bebelan