Konfius? Konfius.
Thursday, December 14, 20175:20 PM
Banyak benda aku fikir sebenarnya. actually aku mcm blur, tak pasti dengan hidup aku. (padahal minggu depan ada test OSCE. Sempat pulak kau haha tolong la insof qistina oi) tapi serius aku memang konfius. Tak tau nak cite macamana, nak cite kat sape, nak mintak pendapat macamane, nak rasa apa, semua la. Maka akhirnya blog aku yg cantik ni dijadikan pilihan terakhir sebagai tempat aku mengadu domba. (i still love you tho walaupun cuma setahun sekali i bukak you. Jangan merajuk k muah)
Aku tengok makin ramai yang kawin sekarang ni. I mean, terlampau ramai. Kawan-kawan sekolah aku pun da ramai yg selamat berkawin. Ada yg dah ada baby dah pun. Baru-baru ni abang dia a.k.a bakal ipaq aku (berangan) pulak kawin. Jadi aku sebagai wanita bujang yg bercinta nak dekat 10 tahun ni sedikit sebanyak merasa frust la jugak sbb bercinta bagai nak rak tapi tak kawin-kawin lagi jugak. Orang lain kawin dulu dari aku huwaaaa awak jom la kawin. Penat la nak tunggu huhu
Tapi tu dulu la. Biasa la, masa tu mungkin aku terkurang akal sikit. Ingat kawin ni macam main pondok-pondok. Ingat alam perkawinan ni indah belaka macam cite drama petang-petang tv tiga suku tu. Ingat kawin ni senang. Ingat dah kawin nanti boleh happy jadi ibu dapat baby banyak-banyak (Eh? Haha). Memang aku bayang semua yg indah belake la tentang mende kawin ni. Takde cacat cela pun angan-angan karut aku tu. Orang kata berangan sampai langit ke tujuh juta. Macam dunia ni aku yang punya. Fairy tale sangatttttt kahkahkah
Bila da makin matang ni, mula la akal aku datang sikit-sikit. Dah mula fikir komitmens yang banyaks, dah mula nampak bayangan seram konflik-konflik rumahtangga (sebab slalu baca page KRT kat fesbuk. kahkah) tambah pulak zaman sekarang ni muncul pulak sejenis perempuan-perempuan tak reti malu and tak hormat rumahtangga orang. Benda tu semua buat aku semacam fobia nak kawin walaupun aku tak pernah kawin lagi. Like, kau bayang la kau punya la susah payah jaga rumahtangga kau tapi end up petik jari je orang lain hancurkan (naudzubillahi minzalik). Seram kan?.Moga tak jadi la pada kita. Doa je yang baik-baik.
So yesterday my kesayangan was about to ask my mom untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu bertunang. Actually kalau ikut cara islam kitorang mmg da bertunang pun. Masuk ni dah 10 tahun bertunang kahkah. I once said to him buat apa nak tunang lagi? Its been 10 years why not we just end our relationship with nikah etc etc je? Membazir masa duit blabla (tau jelah aku ni kalau dah membebel. Haha). Tapi dia nak jugak bertunang ikut adat melayu sbb nampak la mcm lebih serius yg kitorang ada ikatan so...ikutkan jela *rolling eyes*
Dan secara tidak sengajanya aku tersedar dari mimpi indah dan berfikir betapa beratnya nak kawin sebenarnya. Theres a loooootttt things you have to deal with. Physically and mentally. And aku fikir benda ni sedalam-dalam dan sejauh-jauhnya sampai la aku dapati yang aku MASIH belum layak untuk berumahtangga. Sebab tetiba Allah bukak mata aku and nampakkan almost seeeeeeemuua kelemahan and kekurangan aku. Kalau dah kurang itu ini macamana nak jaga makan pakai anak orang kan. Terus aku jadi semacam takut untuk ke langkah seterusnya yang mana sebelum ni menjadi target utama aku. Konon nak kawin umo 20 lel please la dah la nangis kuar hingus lepastu takde tisu lap kat baju. ada hati nak kawin. Puitt
First, kau bukan nak kawin dgn dia je. Kau kena kawin dgn seeeeeeeeemua ahli keluarga dia, sanak saudara mak pak tiri ipar duai biras atok belah utara selatan timoq barat semua tu kau kena terima utk masuk dalam hidup kau. Jadi situ dah nampak da satu kelemahan aku. Dengan family kandung aku sendiri pun aku tak betul-betul rapat lagi, masih banyak kekurangan lagi sbb aku dari form 1 sampai la da degree ni mmg duk jauh dari family, jadi bila balik je jadi passive sikit sbb yela cuti pun sekejap-sekejap je jadi kat situ da nampak da betapa renggangnya hubungan kitorang satu family (kecuali dgn mak aku sbb aku boleh dikatakan anak manja mak aku jugak la. Haha). inikan pulak tetiber nak masuk family orang? Adoi memang mati keras la aku nanti. Huhu

Second, kau kena kawin jugak dgn kerjaya suami kau. Contoh macam kes aku, dia tu askar. Kau ingat senang ke nak bersabar dgn org kerja askar ni? Dah la kerja duty kerja duty tak pernah habis. Pastu cuti pun ciput. Kadang takde cuti. Pastu tetibe dah kena gi latihan pulak seminggu, kadang sampai sebulan. Tu tak masuk lagi dia pi operasi tiga bulan. Jadi askar ni biiiiiiziiii jela memanjang. Jadi bila masanya dia nak ada masa untuk kau? Kalau sebelum kawin pun da macamni, da kawin nanti? Ha gitu la aku fikir. Dulu masa dia memula jadi askar mmg aku susah nak faham dia. Jadi disebabkan aku kesian kat dia sbb asyik kena hadap merajuk aku ni, aku pun masuk la PALAPES DARAT kat u aku ni semata-mata untuk merasa dan nak faham kerjaya dia. Palapes ni kan askar jugak cuma wataniah jela. Tapi aktiviti dia lebih kurang jela so aku dapat la jugak relate dgn kehidupan dia. Biar la badan ngan mental aku terseksa pun masuk palapes ni, janji aku boleh faham dia. But still, jauh di sudut hati aku yang paling dalam ni aku ade la sedikit touching jugak sbb jarang dapat luang masa dgn dia. Msg pun jarang, call apatah lagi. Jumpa? Mmm lagi le setahun sekali je dapat jumpa. Tapi aku cuba tepis benda tu jauh² atas sbb bukan aku je yang perlukan dia, negara pun perlukan dia jugak. Kena banyak-banyak bersabar Jadi nak tak nak terpaksa la berkongsi kasih dengan negara. (cewahh)
Pastu, aku terfikir pulak perangai aku ni. Masih jauuuuuh dari matang. Subuh pun kadang subuh gajah, makan minum pun tak terjaga, duit pun harapkan umi ngan biasiswa, solat pun tak sempurna, ibadat susah nak istiqomah, kulit kasar berbelang macam kek sarawak, muka pun selekeh tak reti nak melawa. Oh ye cakap pasal melawa ni haritu aku try mekap umi. Jadi lepas tepek fondesen, bedak compact marykay, celak gincu blusher dadada, tiba pulak masa untuk pakai MASCARA. Yang berus lentik bulu mata tu. Nak dijadikan citer aku try pakai maskara tu and guess what? Aku tercucuk bebola mata aku 😂 dah la mata comot macam hantu, mata pulak ada kesan ink maskara tu. Menangis-nangis tonyoh biji mata nak bersihkan ink tu wei. Maka bertaubat la seketul qistina dari menyentuh barang mekap. Haha. Banyak la lagi flaws dan kelemahan dari diri aku sendiri. kalau nak senaraikan satu² aku rasa sampai kiamat pun belum tentu siap blog ni. Jadi aku fikir belum layak lagi la untuk aku menjaga makan pakai orang lain. Aku pernah cuba ubah diri aku, i mean banyak kali aku cuba improve untuk jadi yg terbaik. Tapi end up jadi macam ape tu tahi ayam ea. Alah ade la peribahasa tu. Yang aku ingat tahi ayam tu je. Hahah. Lepastu, aku ni ada satu perangai yang aku kira tak bagus untuk diri aku tapi aku tak boleh nak diminished perangai tu dari dulu sampai skarang, that is..rendah diri. Bukan rendah diri yg biasa² yang tawaduk tu, tapi terlebih rendah diri. Kira mcm aku suka compare diri aku dgn orang lain yg jauh lebih sempurna dari aku. End up, aku keciwa dgn diri sendiri dan menangis teresak-esak di bucu katil. Orang lain cantik putih gebu gebas baik solehah pakai tudung labuh comel pandai, ada family yg bahagia, tapi bila banding dgn diri aku pulak, aku ni umpama seketul kentang yang terapung dalam lautan manusia-manusia yang sempurna. Dah la pressure sbb muka tak cantik putih mcm orang lain, family pulak bercerai berai. Bila dapat keluarga tiri pulak... bak kata orang mcm keluarga tiri yg diutus dari ner*ka. Agama? jauh menyimpang. Baik? lagi la jauh sekali. (sbb aku geng dgn bebudak nakal dulu. Hahah) Belajar pun tak pandai-pandai. Aku punya pressure tu sampai ada satu tahap masa skola dulu aku rasa mcm nak bunuh diri sebab kecewa hidup aku tak sesempurna orang lain. Sampai kena kaunseling berkali-kali beb. Tapi Alhamdulillah bila dah besar ni aku dah boleh kawal perangai sindrom down aku ni. Perangai tu tak hilang, still ada. Cuma aku boleh kawal la. Takde nak toreh² tangan makan ubat terlebih dos kemurungan mcm dulu lg dah. Skarang ni aku berjaya memanipulasi otak aku. Bila dia negative je aku cepat² istighfar and fikir sepositive mungkin. Kalau dah tak boleh kawal sangat paling teruk pun aku merajuk je bila tengok orang lain cantik sangat/ tengok anak² manja² dgn family masing²/ couple sweet² bahagia ala ala dunia ini mereka yang punya/ orang pandang mcm aku ni loser. Memang komfem aku akan merajuk sbb aku jeles. Haha. Yes, saya sangat sangat sensitif. Jenuh la orang duk memujuk aku walaupun sebenarnya mereka tidak bersalah. Haha
Tapi apa pun, muhasabah diri balik. Niat kau untuk kawin adalah kerana apa? Kalau betul niat kau, alhamdulillah. Kalau setakat nak ikut trend sbb ramai gila yang kawin bagai cendawan tumbuh merata rata, tak payah la nak berangan. Lupakan jela. Sbb marriage is not only marrying the one that you love and desired for, but marriage is an amanah. A big amanah. Doa yang baik-baik, insha Allah Allah susun yang baik-baik untuk kehidupan kau. And kalau betul dia jodoh aku, aku cuma mampu moga Allah pegang hati dia kuat-kuat untuk aku dan mudahkan urusan kami untuk menghalalkan hubungan dan seterusnya kehidupan kami dunia akhirat. Sbb aku selalu ingatkan kat otak aku, apa pun yang terjadi, kena ingat yang Allah yang izinkan semuanya untuk terjadi or so-known as taqdir, plus Allah adalah pemegang hati hamba-hamba Dia. Jadi ikut Dia la nak bolak balik hati orang tu macamana pun. Cuma the best thing you can do is keep berdoa doa doa doa doa and do not despair. Termasukla aku jugak. Aku pun kena doaaaaaaa and terus usaha perbaiki diri aku walaupun susah. Moga Allah permudahkan insha Allah.
Sambil berdoa dan berharap yang angan-angan fairy tale aku tadi tu akan menjadi kenyataan. Haha (sempat lagi :P)
Selamanya mencintai sang cinta pertama. Dan insha Allah yang terakhir.
Mrs. AAMJ to-be. Amiin