I AM A NURSE TO BE!!!
Friday, November 30, 20182:02 PM
dari zaman skola lagi, bila orang tanya dah besar nanti nak keje apa?
aku jawab "nak keje kat hospital"
sebab dulu cita2 nak jadi doktor (cita2 yg cliche sangatttt hahah) tapi bila makin besar, makin dah tak minat nak jadi doktor. tapi still nak keje hospital. tapi tak pernah terfikir pun pasal NURSE. sbb dulu takut misi sbb ada sorang misi tu garam! nak gi ane ta tak oleh!
masuk matrikulasi, dapat pulak modul 2 (fizik kimia math sains komputer). stress sbb kena belajar subjek yg kita tak suka n takde kaitan dgn keje spital. akish buat rayuan pindah modul 1 atau 3 (biologi) tapi tak dapat. apeniii padahal biologi aku hebat kot!! huhu
masa tu dah mula sedih, sbb fikir dah takde rezeki nak kerja hospital. sedih masa tu Allah je yg tahu. lama jugak amik masa nak redha sbb sedih tengok kawan blajo benda ada kaitan dgn anatomi manusia tapi kita dok blajo pasal engineering, hadap eksperimen, kena kira kelajuan angin, berat zarah bagai 😆
habis matrik, sambung degree pulak. masa tgh duk usha kos dalam UPU tu tetiba ternampak kos nursing. dgn tidak berfikiran warasnya maka letaklah kos nursing sebagai priority no 1 (sebab mmg dah nekad giler nak lari dari bidang engineering tu) lepastu hat bawah2 tu baru letak kos engineering. masa ni mmg dah nekad dah, kalau tak dapat masuk u ataupun dapat kos lelong ke aku mmg dah redha dah sbb orang kata yg priority tu kena letak tu bidang yg kita belajar/skor/minat masa matrik. kalau salah letak mmg possibilty utk kena lelong/tak dapat masuk u sangat tinggi. aku pulak pi letak benda yg takde kaitan. nursing tu pulak requirement dia mmg nak yg ada subjek biology. mmg cari nahas la citer dia 😆
tapi tulah, punya la Allah sayang sampai Allah jauhkan kita dari benda yang Dia tahu kita tak minat dan tak mampu. aku dapat tawaran interview degree kat USM kos KEJURURAWATAN. banyak kali jugak dok tenung tawaran tu sbb nak pastikan tak salah baca. takut tersalah baca KEJURUTERAAN ke apa ke buat malu je. actually dapat dua tawaran. satu kat USM, satu lagi kat UiTM, dan kedua2nya kos nursing kahkahkah. tercengang kejap sbb dapat kos yang memang takde kaitan dgn apa yg aku blaja masa matrik. tapi tulah nak citernya, tak sangka dapat kos nursing. alhamdulillah 💕
sampai sekarang rasa mcm tak percaya tak lama lagi dah nak ada title NURSE depan nama. insha Allah kalau ada rezeki dapat jadi sister terus (ketua jururawat) ikut kelayakan. amiin amiin amiinnnnn! semoga dengan kerjaya ni laluan utk aku ke syurga semakin mudah. semoga usaha dan kebaikan sepanjang merawat pesakit2, Allah pandang aku yg banyak dosa ni. dan semoga doa dari pesakit2 yg pernah aku rawat, aku sempat ditarik masuk syurga skali andai aku tersungkur jatuh ke neraka.
kerana pendosa seperti aku sangat memerlukan doa dari orang2 seperti kamu.
amiin insha Allah.





